SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KAFAI AL-ISLAMIAH KG LINDUNGAN

LAMAN WEB RASMI SEKOLAH BERMULA TAHUN 2020
Dapatkan segala informasi di sini

Monday, August 3, 2020

MAKLUMAN TEMPAHAN PAKEJ MAKANAN DAN MINUMAN MURID SEWAKTU REHAT



Assalamualaikum Wbt,

Dimaklumkan bahawa semua ibu bapa/penjaga perlu membuat tempahan untuk anak sebelum hadir ke sekolah. pautan borang tempahan secara online boleh di dapati melalui Group Whatsapp kelas masing-masing. Ibu bapa/penjaga perlulah mengisi borang ini secara harian.

Tempahan ini bertujuan bagi memudahkan murid untuk rehat di kelas dan bagi mengelakkan kesesakan di kantin sekolah yang boleh menjadi punca penyebaran wabak COVID-19

Sekian Terima Kasih,

Unit Kantin Sekolah
KAFAI Al-Islamiah Kg Lindungan

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA


MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN DAN PENGGILIRAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH


Sunday, June 21, 2020

REKOD KEHADIRAN DAN KEBERADAAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa setiap pelawat perlu mengisi borang rekod kehadiran dan keberadaan di dalam kawasan sekolah sebelum memasuki kawasan sekolah

Pengisian rekod ini bertujuan bagi memudahkan pengesanan kontak rapat jika berlaku penularan wabak COVID-19

Terima kasih di atas kerjasama anda


Sila Klik link dibawah untuk pengisian:-

Monday, June 8, 2020

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN

(1) JADUAL WAKTU

Maklumat tambahan:
Berikut adalah Jadual Waktu Pelaksanaan PdPC bagi penggal kedua. Untuk makluman, jadual ini hanyalah sekadar panduan dan cadangan sahaja.
jadual ini hanyalah utk menentukan bilakah sesuatu pelajaran akan di posting melalui whatsapp kelas masing-masing pelaksanaan dan keterlibatan murid bergantung pada masa fleksibel mereka memandangkan ibu bapa dan penjaga akan mula bekerja semasa tempoh PKPP ini

(2) PANDUAN AKTIVITI