SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KAFAI AL-ISLAMIAH KG LINDUNGAN

LAMAN WEB RASMI SEKOLAH BERMULA TAHUN 2020
Dapatkan segala informasi di sini

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH


Madrasatul Islamiah Kg Lindungan telah diasaskan oleh Tuan Hj. Abbas pada tahun 1990. Antara ahli jawatankuasa sekolah yang terlibat ialah Ustazah Normadiah bt Sadri, Ustazah Masriyah bt Haji Amir, Ustazah Noraini bt Elias, Ustazah Umi Khalthum bt Taib dan Ustazah Muslihah bt Tabri.

Dahulunya sekolah ini terdapat 2 bangunan sekolah yang berasingan. Satu di kawasan setinggan Kg Lindungan dan satu lg di Surau (berhadapan dengan Syarikat Kontena Nasional). Setelah 2 tahun kemudian, pada tahun 1992 sekolah ini hanya berpusat di satu tempat sahaja. Sekolah ini berpindah ke bangunan baharu di sebelah Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan.
Pada tahun 1996, berikutan dengan pertambahan murid. Sekolah telah membuat tambahan kelas di bangunan Dewan Serbaguna PJS 6/3B bersebelahan dengan surau. Tanah tersebut hasil wakaf persatuan stesen-stesen petrol Caltex dan BP.

Pada tahun 2007, projek pembesaran tapak serta penambahan kelas  di Dewan Serbaguna PJS 6/3B telah dijalankan bagi menampung bilangan murid yang semakin meningkat. Kos pembinaan bangunan baharu telah menelan belanja sebanyak RM 273,900.00 yang telah dijalankan oleh Kontraktor Persada Warisan (M) Sdn Bhd.

Berikutan dengan penambahan bangunan dan tambahan kelas, pada tahun 2008 sekolah KAFA Integrasi Al-Islamiah telah berpindah dan berpusat penuh bersebelahan Dewan Serbaguna PJS 6/3B.

No comments:

Post a Comment